Jenazah Mazlan selamat dikebumikan

Jenazah Mazlan selamat dikebumikan

JENAZAH Allahyarham Mazlan Omarbaki, anggota bomba yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja hilang lombong Taman Putra Perdana berhampiran perumahan D’Island, Puchong, malam tadi, selamat dikebumikan.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Payung Pinagat, Tawau, pada 6.50 petang.

Pengebumian turut dihadiri ratusan orang terdiri ahli keluarga terdekat, sanak-saudara, penduduk sekitar daerah ini serta pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Suasana pilu menyelubungi kawasan tanah perkuburan itu apabila ahli keluarga termasuk ibu mangsa, Asmah Abdalis, 54, kelihatan mengalir air mata.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham yang diterbangkan dengan pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.30 petang ke Lapangan Terbang Tawau.

Jenazah berkenaan kemudian tiba di ke kediaman bapa saudaranya di Kampung Batu Payung, Tawau pada 6.20 petang sebelum disembahyangkan.

Allahyarham Mazlan, 25, bertugas sebagai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Selangor berpangkalan di Klang, Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 7:29 PM harianMetro

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *