Isyarat kotak hitam semakin jelas

Isyarat kotak hitam semakin jelas

JAKARTA: Bunyi ‘ping’ dipercayai daripada kotak hitam kapal terbang yang terhempas ke dalam laut minggu lalu dengan 189 penumpang dan anak kapal, semakin jelas.

“Bunyi ping semakin jelas. Kami sudah menghantar kenderaan yang dikendalikan secara jarak jauh dan mengesan serpihan besar di dasar laut.

“Kami mengesyaki ia adalah sebahagian badan pesawat,” kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT), Haryo Satmiko.

Sepasukan penyelam menyelam sejam 5.00 pagi untuk memetakan kawasan kotak hitam dipercayai berada, katanya, menggambarkan keadaan laut adalah normal.

Kakitangan di darat hilang hubungan dengan penerbangan JT610 Lion Air, 13 minit selepas Boeing 737 MAX 8 itu berlepas awal pagi Isnin lalu dari Jakarta, dalam penerbangan ke Pangkal Pinang.

Tiada yang terselamat dalam nahas itu. — Reuters

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *