IPD TAWAU TUMPAS SUSPEK PECAH MASUK MAAHAD TAHFIZ KURANG 24JAM

IPD TAWAU TUMPAS SUSPEK PECAH MASUK MAAHAD TAHFIZ KURANG 24JAM

TAWAU, 09 DISEMBER 2019- Seorang lelaki bukan warganegara telah berjaya di tangkap oleh sepasukan Polis Bombalai dan PPK Merotai serta Brumas sekitar jam 1850 petang tadi bersabit Kes Pecah Masuk sebuah Maahad Tahfiz yang terletak di sekitar kawasan Kampung Pitas, Bombalai pada hari yang sama berdasarkan rakaman CCTV dan laporan pertama pengadu di Balai Polis Bombalai.

Setelah memperkenalkan diri sebagai anggota polis, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan.

Pengakuan awal suspek telah mengaku terlibat dengan kes yang disiasat dibawah Sek.457 kanun keseksaan. Anggaran kerugian lebih kurang RM400.00 iaitu merupakan wang koperasi milik Maahad Tahfiz tersebut.

Seterusnya suspek berserta rampasan telah dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Komen