InsyaAllah tahun hadapan beg sekolah anak anak di ringankan

InsyaAllah tahun hadapan beg sekolah anak anak di ringankan

Merasmikan Program Keselamatan Kanak-kanak Sahabat B.I.J.A.K: Selamat dan Lindung (safe and protect), anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena Hari Kanak-kanak Sedunia 2018.

Saya umumkan beberapa perkara antaranya ialah, bermula tahun hadapan, beg sekolah anak-anak akan diringankan. Selain itu, sekolah-sekolah akan dipastikan mempunyai kelulusan Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance- CCC) demi memastikan sekolah menjadi selamat buat anak-anak kita.

Pihak Kementerian tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan kanak-kanak dan komited untuk memastikan supaya sekolah menjadi tempat yang selamat buat kanak-kanak.

Terima kasih kepada penganjur, kepada semua agensi yang terlibat dan tentu sekali kepada kanak-kanak dan guru-guru yang sentiasa mendapat tempat di hati saya.

sumber : wall Menteri Pendidikan

Komen