Influenza Cepat Merebak, Boleh Bawa Maut, Kerap Cuci Tangan Dan Elak Berada Di Tempat Orang Ramai – Pakar

Influenza Cepat Merebak, Boleh Bawa Maut, Kerap Cuci Tangan Dan Elak Berada Di Tempat Orang Ramai – Pakar

Gambar Hiasan

Virus influenza ini boleh disifatkan sebagai penyakit yang amat berbahaya kerana ia mudah merebak melui batuk dan bersin.

Ia juga boleh membawa maut jika jangkitan telah merebak ke paru-paru disebabkan sukar untuk bernafas.

Pakar perubatan, Dr Zubaidi Ahmad berkata, ini kerana jangkitan boleh berlaku sekiranya seseorang individu menyedut udara tercemar dengan virus itu atau terkena titisan cecair dari hidung atau mulut mereka yang dijangkiti influenza.

Menurutnya, jangkitan virus itu juga terlalu cepat terutama kepada golongan berisiko iaitu mereka yang menghidap penyakit kronik seperti pesakit kanser dan kencing manis, warga emas berusia 65 tahun ke atas, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah dan wanita hamil.

Menurut beliau lagi, jika seseorang dijangkiti virus influenza ini, dia wajib dikuarantinkan kerana seandainya tidak berbuat sedemikian, virus itu akan lagi cepat merebak jika seseorang kanak-kanak pergi ke sekolah, dia akan sebarkan virus itu kepada kanak-kanak yang lain pula.

Jika seseorang kanak-kanak itu dijangkiti, tahap bahaya virus itu bergantung kepada daya tahan kanak-kanak itu. Jikalau kanak-kanak itu mempunyai daya tahan yang kuat, mungkin dia setakat mengalami demam dan selesema sehari dua sahaja. Tetapi bagi kanak-kanak yang daya tahannya rendah, jangkitan booleh merebak ke saluran pernafasan, tekak dan hidung pergi ke paru-paru menyebabkan berlaku pneumonia iaitu susah bernafas dan mangsa boleh meninggal dunia.

Selain itu, menurut Zubaidi yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Islam Malaysia, cara terbaik untuk menghalang daripada terkena jangkitan virus adalah dengan mengamalkan langkah pencegahan virus itu sendiri.

Menurutnya lagi, kita sudah sedia maklum bahawa virus itu disebarkan melalui batuk dan bersin, jadi orang ramai perlu memakai penutup hidung dan mulut.

Elakkan berada di tempat awam ataupun orang ramai dan perlu kerap mencuci tangan menggunakan sabun terutama bagi kanak-kanak berusia dua tahun kebawah.

Sumber : Sinar Harian

Komen