IMIGRESEN TAWAU USIR PATI WARGA FILIPINA DARI PTS TAWAU

IMIGRESEN TAWAU USIR PATI WARGA FILIPINA DARI PTS TAWAU

TAWAU (29 Nov) – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah cawangan Tawau bersama Majlis Keselamatan Negara telah melaksanakan Pergerakan Konvoi Pengusiran Warganegara Filipina daripada Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau melalui Pelabuhan Sandakan semalam.
Seramai 660 orang tahanan dihantar yang terdiri daripada 532 lelaki dewasa, 83 orang wanita dewasa dan 45 orang kanak-kanak. Sebanyak 17 buah bas diiiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM), 3 buah kenderaan pengiring Imigresen dan sebuah kenderaan Majlis Keselamatan Negara terlibat bagi mengiringi pergerakan konvoi tersebut.
Persediaan pergerakan pengusiran ini dilakukan seawal 8.00 pagi dari Pusat Tahanan Tawau. Pergerakan konvoi tersebut menyebabkan sedikit kesesakan lalulintas memandangkan pergerakan konvoi melalui jalan utama Tawau – Sandakan dan tiba di Pelabuhan Sandakan pada 4.35 petang. Proses pengusiran warganegara Filipina tersebut selesai pada jam 6.10 petang.

Unit korporat & Media
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah

Komen