Idris Elba lelaki paling seksi

Idris Elba lelaki paling seksi

LOS ANGELES 6 Nov. – Pelakon Idris Elba, yang dikatakan bakal menjadi hero James Bond 007, dimartabat sebagai lelaki paling seksi oleh majalah People.

Pelakon berusia 46 tahun berasal dari London itu berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh majalah berkenaan.

“Saya seperti tidak percaya. Tak Mungkin. Apakah ini betul?'” kata Elba. “Saya lihat dalam cermin. Yeah saya kelihatan seksi hari ini. Tetapi jujur saya katakan perasaan ia cukup menyenangkan. Satu kejutan.”

Elba merangkul anugerah Golden Globe untuk lakonannya sebagai Luther di dalam filem Thor dan siri televisyen The Wire di Amerika Syarikat.

Pelakon lain yang pernah menerima gelaran sama oleh majalah berkenaan ialah Blake Shelton, Chris Hemsworth, Adam Levine, George Clooney dan Channing Tatum.

Hanya Denzel Washington pada 1996 dan Dwayne “The Rock” Johnson bukan berkulit putih menerima anugerah itu sejak dimulakan pada tahun 1985.

Peminat Elba sedang berkempen untuk pelakon itu supaya dipilih melakonkan watak James Bond bagi menggantikan Daniel Craig yang bakal ditayang pada tahun 2020. – REUTERS

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *