Hello Tawau! Sayap Bakar

Hello Tawau! Sayap Bakar

Ramai pasti di antara kita adalah penggemar sayap ayam bakar yang ada di jual di pasar malam atau restoran sekitar daerah ini.

Ironinya Tawau merupakan salah satu tempat industri sayap ayam bakar bermula dan boleh dikatakan adalah pelapor kepada perniagaan sayap ayam bakar di serata Malaysia.

Sekitar 90an lokasi terawal perniagaann sayap ayam bermula adalah kawasan pasar gerai Kong Fah. Kawasan gerai Kong Fah yang sangat terkenal dengan jalan sayap ayam selain menempatkan pelbagai gerai makan yang lain seperti kuih muih, ABC, lauk pauk, dan berhampiran pasar Gantung (servay).

Tidak dapat dipastikan pula individu pelapor atau founder kepada pencipta resepi dan jualan yang memulakan,

Sayap ayam bakar ini sesuai di makan bersama lada kicapnya bersama nasi kosong. Hidangan rasmi ini diambil kira keenakannya melalu lada kicapnya. Dipahamkan setiap peniaga mempunyai resepi rahsia dalam membuat lada bagi menarik rasa sedap buat pelanggan.

Selain daripada sayap ayam, terdapat beberapa bahagian ayam turut dijual bersama antaranya, hati ayam, jantung ayam, pedal dan buntut (tongkeng). Adapun sayap terbahagi kepada dua ramuan antaranya sayap berwarna kuning jenis biasa dan sayap ayam madu yang rasanya kemanis manisan.

Melihat perniagaan sayap ini mendapat sambutan, ramai peniaga mengambil kesempatan untuk memulakan perniagaan ini di mana lokasi yang sesuai. Tidak setakat di Tawau, kawasan lain seperti Semenanjung juga adalah lokasi yang terpilih untuk memulakan perniagaan.

Kalau dilihat, terdapat banyak perniaga sayap ayam bakar berada di Semenanjung yang mana kebanyakannya adalah warga Sabah sendiri yang berhijrah ke sana.

Tinjauan penulis beberapa bulan lepas di salah sebuah kiosk sayap ayam bakar terletak di Puchong dan KL mendapati pemuda asal Tawau Sabah memulakan perniagaan ini hampir 5 tahun.

Pada awalnya sekadar ingin mencuba atau part time sebelah malam selepas pulang kerja, akan tetapi hasil pendapatan itu meningkat 5 kali ganda gaji dan mengambil keputusan untuk terus sepenuh masa dalam perniagaan sayap ayam.

Melihat perniagaan ini boleh dikatakan menguntungkan, ada selebriti terkenal mengambil peluang untuk meceburkan diri dalam perniagaan sayap ayam ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi, Azharina teruja perniagaan kepak ayam bakar yang diusahakannya di Puchong, Selangor, mendapat sambutan hangat.

Azharina berkata, pada mulanya, dia dan pembantu peribadi, Ani hanya mahu mencuba dan suka-suka membuka perniagaan itu, minggu lalu.

“Saya tidak sangka sambutan sangat baik, bayangkan dalam masa dua jam habis semua yang kami jual apabila diserbu peminat.

“Saya dan Ani gembira dan bersemangat untuk meneruskan perniagaan ini walaupun sebenarnya sangat memenatkan,”- BH Online.

Tidak kurang juga hebatnya di Tawau sendiri, ramai peniaga sayap ayam ini lebih fokus dan dilihat berjaya dalam industri ini.

Menurut individu yang gemar sayap ayam ini, keenakan sayap ayam bakar ini dinilai daripada lada kicapnya. Lada memainkan peranan penting dalam kelazatan hidangan ini.

Rasa lada ini kalau dirasa ianya menjurus kepada rasa pedas, manis, asam limau selain ada rasa rahsia tersendiri yang tidak dapat dibaca oleh lidah.

Pun begitu, perapan sayap ayam juga diambil kira kelazatannya. Ada yang memerap kepak ayam selama 8 jam bagi ramuan itu betul-betul meresap ke dalam sayap ayam.

Penulis sendiri pernah membeli dan merasa perbezaan lada sayap ini disetiap peniaga. Semua seakan hampir sama, tetapi rasanya pasti ada perbezaan.

Di Tawau juga, beberapa pemain industri peniagaan sayam ayam bakar ini terkenal perniagaany. Ini kerana hasil daripada rasa yang sedap, selain antara insan yang terkenal di Tawau, info dari mulut ke mulut atau kuasa tular media sosial.

Bercakap mengenai harga, kalau dilihat ianya semakin meningkat. Penulis sendiri pernah merasa harga seketul sayap ayam RM1 sekitar 90an dan awal 2000. Mengira peredaran zaman dan pengaruh ekonomi dunia menjadikan kini harga naik kepada RM2 seketul.

Bagi pencinta makanan ini, harga tolak tepi. Asalkan keinginan memakan hidangan ini dapat kepuasan dan mengenyangkan. Bilang orang Tawau, “Biar mahal janji puas hati”.

Seperti yang dikatakan tadi, sayap ayam ini bersesuaian dimakan bersama nasi putih. Kenapa nasi putih, kerana lada sayap ayam memainkan peranan penting dalam memberikan impak kelazatan pada pemakanan.

Sedikit perkongsian kandungan yang ada pada sayam ayam bakar ini. Sumber www.fatsecret.co.id

Sayap Ayam Panggang (Kulit Dimakan)
Ringkasan Gizi:
Kal 86
Lemak 5,79g
Karb 0g
Prot7,99g

Terdapat 86 kalori dalam Sayap Ayam Panggang (Kulit Dimakan) (1 kecil).
Rincian Kalori: 62% lemak, 0% karb, 38% prot.

Informasi Gizi
Ukuran Porsi1 kecil (hasil setelah masak, tulang dihilangkan)

Energi 360 kj-86 kkal

Lemak5,79g
Lemak Jenuh1,621g
Lemak tak Jenuh Ganda1,232g
Lemak tak Jenuh Tunggal2,273g

Kolesterol25mg
Protein7,99g
Karbohidrat0g
Serat0g
Gula0g
Sodium121mg
Kalium55mg

Kawalan pemakanan ini kita perlu seimbangkan bagi mengelakkan lebihan lemak dan kolestrol.

Sekali lagi ketepikan soal kandungannya asal mulut dapat menikmati kelazatan sayap ayam bakar dan keinginan termakbul.

#myTawau

Komen