Harga rokok naik akhir bulan ini

Harga rokok naik akhir bulan ini

KUALA LUMPUR: Harga jualan runcit rokok dijangka naik akhir bulan ini berikutan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (SST).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kenaikan itu berlaku apabila harga produk tembakau dinaikkan susulan berlaku kenaikan mana-mana cukai berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Kementerian Kesihatan sedang menyelaraskan kelulusan harga rokok terkini.

“Pelaksanaan SST baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok kena dinaikkan.

“Atas sebab itu, di bawah Peraturan A harga perlu dinaikkan daripada harga yang terikat ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Pada 30 Ogos lalu, JT International Bhd (JTI Malaysia) mengumumkan harga rokok bagi semua jenama yang diedarkannya di Malaysia akan meningkat selepas penguatkuasaan SST pada 1 September.

Sejak SST dilaksanakan, harga rokok si pasaran dilaporkan meningkat sekitar 0.50 sen.

Jun lalu, harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok dikekalkan walaupun GST ditetapkan pada kadar sifar.

Kali terakhir syarikat pengeluar rokok menaikkan harga jualan runcit rokok adalah pada November 2015 susulan kenaikan eksais rokok selain mengambil kira kesan GST serta tekanan kos inflasi.

16 oct 2018 – Berita Harian

Komen