Harga makanan KFC naik kerana SST

Harga makanan KFC naik kerana SST

KFC merupakan salah satu restoran makanan segera yang dikendalikan QSR Brands (M) Holdings Bhd.

KUALA LUMPUR – Penggemar makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) mungkin menerima kesan daripada kenaikan harga makanan itu.

Dalam satu kenyataan, syarikat makanan segera itu memberitahu bermula Disember 2018, harga makanan yang disenaraikan di kesemua rangkaian restoran itu adalah termasuk 6 peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Kenyataan itu mengulas rungutan netizen dan penggemar ayam goreng itu yang tular mengatakan harga makanan segera itu kini didapati meningkat.

KFC dalam kenyataannya berkata, terdapat beberapa pelarasan kecil bagi harga produknya bagi memastikan syarikat berkenaan dapat terus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Kami berharap para pelanggan memahami menu kami telah disediakan secara khusus untuk menawarkan nilai bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza,” kata memetik laporan Utusan Malaysia Online hari ini.

Perkara itu dijelaskan oleh KFC apabila terdapat perbandingan harga di media sosial yang membandingkan harga Snack & Dinner Plate keluaran mereka.

Ulas kenyataan itu, pakej yang ditawarkan tersebut tidak pernah dijual pada harga RM12.50 sejak dilancarkan pada tahun 2015.

Dalam perbandingan itu, netizen berkata harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Ulas kenyataan itu, pakej yang ditawarkan tersebut tidak pernah dijual pada harga RM12.50 sejak dilancarkan pada tahun 2015.

Di Twitter, pelbagai reaksi dapat dibaca mengenai kenaikan harga makanan segera itu.

@Adam57551010 membuat ciapan “Betul ke harga KFC dah naik ni? Mesti ramai yang tak perasan.

Status itu turut diciap @xxxbyefelicia yang berkata perkara itu dilakukan secara senyap oleh pihak pengurusan KFC.

“Memang la KFC kena naik harga senyap senyap. Takkan nak buat banner “KFC NAIK HARGA!!! MARI DAPATKAN SEGERA”

“Senyap senyap tu bukanlah dia display harga RM3 bila bayar jadi rm5 pun. Dia display dah harga baru, antara kau perasan ke tidek je kan?,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ada netizen yang menasihatkan agar peminat KFC membeli pesanan bucket kerana tiada kenaikan harga.

“Akak kfc cakap kalau nak jimat, ambik yang bucket. sbb harga tak naik,” kata @lastonestraw. –MalaysiaGazette

Komen