Gempa susulan diramal lebih kuat

Gempa susulan diramal lebih kuat

TOKYO – JEPUN. Pakar seismologi memberi amaran gempa susulan yang lebih kuat diramal menggegar bandar Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah.

“Aktiviti seismik dan tsunami di Sulawesi memiliki ciri sama dengan gempa bumi besar yang pernah berlaku di Aceh pada 2004. Ia berpunca daripada pergerakan serta pelanggaran lapisan atau plat Bumi.
“Oleh itu, pihak berkuasa perlu memantau setiap gempa susulan dan berdepan segala kemungkinan. Mungkin ada gegaran yang lebih kuat berlaku dalam masa terdekat,” katanya.

Kelmarin, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) berkata berlaku lebih 200 gempa susulan di Sulawesi Tengah selepas gempa bermagnitud 7.5 menggegar wilayah itu pada Jumaat lalu.

BMKG mencatat sebanyak 201 gempa susulan berkekuatan 2.9 hingga 6.2 skala Richter.

Keadaan itu sekali gus menyukarkan lagi kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan bangunan dan rumah. – Agensi

credit: www.sinarharian.com.my

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *