Gempa bumi sederhana landa Rantau Sumbawa, Indonesia

Gempa bumi sederhana landa Rantau Sumbawa, Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.0 pada skala Richter melanda Rantau Sumbawa, Indonesia pada 10.26 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku pada kedalaman 25 kilometer dan jarak 172 kilometer Selatan dari Bima, Indonesia.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Bharian

Komen