GAJAH MATI DI BAKAPIT DISYAKI AKIBAT KERACUNAN MAKANAN

GAJAH MATI DI BAKAPIT DISYAKI AKIBAT KERACUNAN MAKANAN

LAHAD DATU; 10 DISEMBER 2019 (Selasa) – Hasil bedah siasat keatas Seekor Gajah Pygmy Borneo yang ditemui mati di sebuah ladang di Bakapit Lahad Datu kelmarin, dipercayai akibat keracunan makanan.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) daerah Lahad Datu, Silvester Saimin yang dihubungi pemberita RTM berkata, sampel gajah berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia di Kuala Lumpur untuk di analisa.

Beliau berkata, gajah betina dianggarkan berumur 20 tahun itu disyaki baru sehari mati sebelum ditemui pekerja ladang pada pagi kelmarin dan memaklumkan perkara berkenaan kepada JHL Lahad Datu.

Menurut Silvester, pihaknya kini turut menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian gajah tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 140 ekor gajah Borneo dilaporkan mati sejak 2010 dengan separuh daripada kematian disebabkan luka akibat tembakan atau disyaki keracunan.

Sebahagian besar kematian haiwan itu berlaku di kawasan ladang kelapa sawit dan hutan simpan. -BESTAWAUfm

Komen