GAGAL TUNJUK LESEN BOT PENUMPANG, APMM TAHAN JURAGAN, PEMBANTU BOT

GAGAL TUNJUK LESEN BOT PENUMPANG, APMM TAHAN JURAGAN, PEMBANTU BOT

TAWAU; 25 JUN 2019 (Selasa) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan juragan dan pembantu bot warga tempatan selepas gagal mengemukakan dokumen lesen bot penumpang diperairan Tawau, ahad lepas.

Timbalan Pengarah Zon Operasi Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin dalam kenyataan berkata, mereka ditahan selepas bot yang membawa penumpang itu dalam perjalanan menuju ke Wallace Bay dari Pelabuhan Tawau, kira-kira pukul 3.30 petang.

Katanya, kesemua penumpang bagaimanapun tidak ditahan kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Lelaki berumur 31 dan 19 tahun dan bit penumpang yang ditahan kemudian diserahkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) Tawau untuk siasatan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

#BESTAWAUfm

Komen