FESTIVAL PERAHU NAGA TARIK LEBIH RAMAI PELANCONG KE TAWAU.

FESTIVAL PERAHU NAGA TARIK LEBIH RAMAI PELANCONG KE TAWAU.

TAWAU: 9 JUN ( ahad ) – Penganjuran Festival perahu naga kali ke – 35 dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang ke Daerah Tawau.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Tawau, Tan Sri Liew Yun Fah berkata, ia juga memperlihatkan Daerah Tawau menampilkan salah satu produk terbaik dalam kalendar pelancongan sekaligus dapat memperomosikan budaya tradisi masyarakat cina .

Jelasnya, ia juga dapat dijadikan sebagai salah satu platform bagi memupuk perpaduan, semangat kerjasama dan menghormati antara satu sama lain selain mewujudkan semangat kerjasama dalam satu pasukan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas merasmikan pertandingan lumba perahu naga di persisiran Traulsen Tawau.

Pada majlis itu beliau berkata, festival perlumbaan perahu naga telah menjadi lambang budaya turun-temurun kaum Tiong Hua disamping dapat menonjolkan identiti budaya dan perpaduan semua kaum di negara ini.

Pada masa sama, beliau berharap para peserta dapat mengamalkan semangat kesukanan dan mewujudkan persahabatan yang baik sepanjang perlumbaan berlangsung.

Festival Perahu Naga kali ke-35 oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Tawau kali ini menyaksikan 13 kumpulan menyertai perlumbaan berkenaan yang melibatkan 3 kategori iaitu, terbuka, kumpulan Cina dan kategori campuran.

Komen