Facebook sembunyi jumlah ‘likes’ di Australia perangi tekanan sosial

Facebook sembunyi jumlah ‘likes’ di Australia perangi tekanan sosial

SYDNEY: Facebook, hari ini mula menyembunyikan jumlah ‘likes’ bagi siaran di Australia, percubaan bertujuan mengurangkan tekanan sosial yang mungkin dilancarkan ke seluruh dunia.

Pemegang akaun seluruh negara itu juga akan disekat daripada melihat bilangan reaksi dan menonton video pada siaran orang lain bermula hari ini, tetapi masih boleh melihat tindak balas orang lain terhadap siaran mereka.

“Kami tidak mahu Facebook berasa seperti persaingan.

“Ini adalah percubaan untuk melihat bagaimana orang ramai menerima format baru ini,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Menurut kenyataan, pihak syarikat berharap dapat mempelajari sesuatu untuk melihat sama ada ia akan dilancarkan lebih meluas.

Lebih satu bilion penduduk dunia menggunakan Facebook, tetapi gergasi media sosial itu berada dalam tekanan untuk memerangi impak ia kepada kesihatan mental.

Di Australia, seorang dalam lima kanak-kanak melaporkan mengalami buli siber, menurut pesuruhjaya eSafety negara itu.

Masalah itu mendapat perhatian tahun lalu apabila seorang gadis 14 tahun, yang membintangi iklan jenama topi ikon Autralia, membunuh diri selepas dibuli atas talian.

Keputusan Facebook dibuat selepas ia melancarkan percubaan Julai lalu untuk menyembunyikan tanda ‘likes’ di satu lagi platform media sosial syarikat itu, Instagram.

Apa yang bermula sebagai percubaan di Instagram di Kanada diperlukan ke Australia, Brazil dan beberapa pasaran besar lain.

Percubaan itu dilihat sebagai ‘ujian terhad dalam usaha mendapatkan pembelajaran awal’. — AFP

Komen