ESSCOM TAHAN WANITA WARGA ASING, RAMPAS 1,180 BUNGKUS ROKOK SELUDUP DI KALABAKAN

ESSCOM TAHAN WANITA WARGA ASING, RAMPAS 1,180 BUNGKUS ROKOK SELUDUP DI KALABAKAN

TAWAU (17 Julai) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah menahan seorang wanita warga asing kerana disyaki menyimpan 1,180 bungkus rokok seludup di sebuah rumah kongsi, dekat sini pada isnin.

DCP Dato’ Hazani Ghazali dalam satu kenyataan berkata, bertindak atas maklum awam, sepasukan anggota ESSCOM yang diketuai oleh DSP Jaffry Othman telah menyerbu sebuah rumah kongsi yang terletak di dalam ladang sawit di kawasan kalabakan plantation pada kira-kira jam 3.30 petang.

Beliau berkata hasil serbuan, anggota ESSCOM telah menemui sejumlah 1,180 bungkus rokok pelbagai jenama disyaki belum dibayar cukai kastam yang disembunyikan di dalam sebuah bilik di rumah kongsi berkenaan.

Antara jenis rokok yang ditemui termasuklah 340 bungkus rokok LA Merah, 300 bungkus rokok jenama premium, 160 bungkus LA hijau, 150 bungkus rokok apache, 150 bungkus rokok gudang garam, 50 bungkus rokok jenama menara dunia, 20 bungkus rokok jenama minna dan 10 bungkus rokok jenama premium hitam.

“Suspek adalah seorang wanita warga indonesia berumur 40 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat dibawa Akta Kastam 1967”.

“Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke balai polis Kalabakan untuk tindakan lanjut”, katanya.

Dalam pada itu, hazani berkata ESSCOM akan meneruskan operasi-operasi khas esscom seperti op gasak dan op bersepadu dalam usaha kita untuk mengekang dan membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan aktiviti-aktiviti penyeludupan barang-barang kawalan dan bersubsidi termasuk rokok seludup terutamanya di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti. –Eastern Sabah Security Command -Esscom

Komen