ESSCOM TAHAN 20 PATI WARGA FILIPINA, INDONESIA MENERUSI OP GASAK DI KUNAK

ESSCOM TAHAN 20 PATI WARGA FILIPINA, INDONESIA MENERUSI OP GASAK DI KUNAK

KUNAK; 6 SEPTEMBER 2019 (Jumaat) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) Warga Filipina dan Indonesia dalam Op Gasak yang dijalankan di sekitar Kampung Kunak 3, kelmarin.

Komandernya, DCP Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, 15 merupakan PATI lelaki manakala 5 adalahwanita yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 48 tahun.

Katanya, 158 orang telah dibawa ke Pusat Dokumentasi untuk tapisan keselamatan dan dokumen bagaimanapun 20 orang ditahan atas kesalahan dokumentasi.

Sementara itu, Dalam operasi sama, 2 lelaki bajau laut turut ditahan kerana memiliki peralatan disyaki bom ikan.

Hazani berkata, pihaknya merampas 2 unit detanator dan 3 botol berisi bahan disyaki baja yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pengeboman ikan.

Kedua-dua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1958.

Menurutnya, operasi diselaraskan ESScom itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Air Negeri Sabah, Sabah Electricity, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Daerah dan Jabatan Pendaftaran Negara.

#BESTAWAUfm

Komen