ESSCOM RAMPAS LEBIH 7 RIBU KARTON ROKOK SELUDUP BERNILAI HAMPIR SETENGAH JUTA RINGGIT, 2 LELAKI TEMPATAN DITAHAN DI KALABAKAN

ESSCOM RAMPAS LEBIH 7 RIBU KARTON ROKOK SELUDUP BERNILAI HAMPIR SETENGAH JUTA RINGGIT, 2 LELAKI TEMPATAN DITAHAN DI KALABAKAN

TAWAU; 12 JUN 2019 (Selasa) – Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 7-ribu 620-ribu karton rokok yang dianggarkan bernilai 464-ribu 800-ringgit dengan menahan dua lelaki tempatan di kawasan pemeriksaan daratan Road Check points (RCP) di Jalan Tawau – Kalabakan, awal pagi tadi.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), DCP Datuk Hazani Ghazali dalam kenyataan medianya berkata, kesemua suspek ditahan selepas dikesan memandu van dengan mencurigakan ketika dalam perjalanan dari arah Tawau menuju ke Keningau pada pukul 3 hingga 4 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua van yang dipandu lelaki berumur 20 dan 42 tahun itu membawa muatan lebih 7-ribu rokok pelbagai jenama dan dipercayai tidak mempunyai kelulusan cukai kastam.

Pihaknya kemudian merampas kedua-dua van yang digunakan suspek dalam kegiatan penyeludupan itu dan dianggarkan bernilai 140-ribu ringgit.

Menurut Datuk Hazani, Kesemua rokok berkenaan dipercayai diseludup dari Indonesia untuk diedar dan dipasarkan di daerah keningau.

Tangkapan dan barang rampasan kemudian diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

#BESTAWAUfm

Komen