ESSCOM RAMPAS 3,500 BUNGKUS ROKOK SELUDUP PELBAGAI JENAMA

ESSCOM RAMPAS 3,500 BUNGKUS ROKOK SELUDUP PELBAGAI JENAMA

TAWAU; 19 MEI 2019 (Ahad) – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) merampas 3-ribu 500-bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup masuk dari Indonesia di tepi pantai, Cowie Bay, Jalan Tawau Lama, Semalam.

Komandernya, DCP Datuk Hazani Ghazali dalam satu kenyataan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota ESScom melakukan pemeriksaan di kawasan tersebut yang disyaki digunakan oleh penyeludup untuk pemunggahan barang-barang seludup kira-kira pukul 10.40 malam.

Sebaik tiba dilokasi, kelihatan beberapa individu sedang menurunkan bungkusan hitam disyaki rokok seludup dari sebuah bot laju di pantai berkenaan sebelum bertindak memecut ke arah laut apabila menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

Pemeriksaan mendapati 14 bungkusan hitam yang ditinggalkan itu mengandungi 3-ribu 500-bungkus rokok seludup pelbagai jenama antaranya Djarum Hitam, Premium Gold, Astro Merah, Premium Hitam dan Menara Hitam.

DCP Datuk Hazani berkata, kesemua barangan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Tawau untuk tindakan dan siasat lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

Katanya, ESScom komited meningkatkan rondaan keselamatan di lokasi disyaki menjadi sarang penyeludupan mahupun Jenayah rentas sempadan bagi membanteras aktiviti penyeludupan barang selain mengekang kemasukan PATI di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSzone).

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai agar menyalurkan maklumat sekiranya mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun melanggar undang-undang negara di Pusat Operasi ESScom ditalian 089-863181 untuk tindakan lanjut.

#BESTAWAUfm

Komen