EMPAT LELAKI, SEORANG WANITA BERSAMA DADAH DISYAKI JENIS SYABU DITANGKAP PGA TAWAU.

EMPAT LELAKI, SEORANG WANITA BERSAMA DADAH DISYAKI JENIS SYABU DITANGKAP PGA TAWAU.

TAWAU – Pada 11.09.2019 jam lebih kurang 0100hrs bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota kompeni ‘A’ Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Polis Di Raja Malaysia di ketuai oleh ASP G.Shankar bersama team strike Force Road Check Point (RCP) Kalabakan, telah membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor Batu 2 Kalabakan Tawau.

Semasa serbuan dibuat, ketua serbuan telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis kepada seorang lelaki berumur 41 tahun warga Indonesia yang berada di beranda rumah seterusnya ke dalam rumah tersebut dan mendapati tiga (3) orang lelaki dan seorang perempuan yang berumur lingkungan 40-48 tahun dan kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Ketika pemeriksaan dijalankan kesemua mereka cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan diantara pasukan polis dengan suspek. Pemeriksaan badan terhadap empat (4) suspek lelaki tidak menemui sebarang barang salah.

Pemeriksaan lanjut di dalam rumah yang disaksikan oleh semua tangkapan menjumpai 25 peket lutsinar berlainan saiz berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu anggaran berat kasar lebih kurang 14.5 gram di atas meja kecil di dalam sebuah bilik rumah berkenaan. Turut dirampas wang tunai berjumlah RM2150.00 dipercayai hasil wang penjualan syabu.

Kesemua tangkapan dan rampasan yang dianggarkan berjumlah RM4150.00 di bawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Sumber: FB Pga Tawau

Komen