EDAR DADAH UNTUK TAMBAH PENDAPATAN, LELAKI WARGA FILIPINA DICEKUP POLIS

EDAR DADAH UNTUK TAMBAH PENDAPATAN, LELAKI WARGA FILIPINA DICEKUP POLIS

LAHAD DATU; 31 OKTOBER 2019 (Khamis) – Hasrat seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk menambah pendapatan harian dengan menjual dan mengedar dadah sejak Julai lepas membawa padah apabila suspek ditahan Polis di ladang sawit Kampung Makuou Tungku Lahad Datu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan medianya berkata, lelaki berumur 39 tahun itu dikesan dalam keadaan mencurigakan dan cuba bertindak agresif serta melarikan diri sebelum berjaya ditahan Polis di kawasan berkenaan kira-kira pukul 5.55 petang.

Sebaik ditahan, Saspek kemudian menyerahkan 1 plastik berwarna hitam yang mengandungi 6 paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah syabu dengan anggaran berat 5.99 gram bernilai 898-ringgit 50-sen.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – BES TAWAUfm

Komen