DUA SUSPEK WARGA TEMPATAN CURI MOTOSIKAL TUMPAS

DUA SUSPEK WARGA TEMPATAN CURI MOTOSIKAL TUMPAS

TAWAU, 8 Febuari 2019 – Tindakan pantas pihak polis berhasil apabila berjaya mengesan dan menangkap dua lelaki tempatan yang disyaki pencuri dan penagih dadah selepas keduanya melakukan jenayah curi 3 hari yang lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj. Marsus berkata, tangkapan dan rampasan dibuat oleh team Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Tawau dan anggota Pondok Polis Kawasan Apas Parit semasa menjalankan rondaan cegah jenayah jam 8.30 malam tadi.

“Terdahulu, pihak Polis telah menerima laporan bahawa sebuah motosikal jenis Honda NF100 milik seorang penduduk kampung telah dicuri pada kira-kira jam 2.35 pagi di Kampung Apas Parit, Tawau.

“Berpandukan maklumat melalui rakaman CCTV dan risikan, team Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Tawau dan anggota Pondok Polis Kawasan Apas Parit telah menjalankan rondaan di kawasan perkampungan tersebut,

“Dalam masa yang sama pihak Polis terlihat dua lelaki berada di bawah rumah dalam keadaan yang mencurigakan, pihak Polis mendekati suspek dan memperkenalkan diri sebagai pegawai Polis,” katanya.

Pemeriksaan lanjut di kawasan rumah tersebut, Polis menjumpai sebuah motosikal yang di simpan dibawah rumah tersebut, pemeriksaan motosikal tersebut menerusi nombor enjin dan nombor casis (nombor badan kenderaan) mendapati mempunyai rekod yang dilaporkan hilang 3 hari yang lalu.

Kedua-dua suspek masing-masing berumur 23 dan 29 tahun, berasal dari Kampung Batu Payung, Tawau dan barang rampasan dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan ujian saringan air kencing pula mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methapithamine (Syabu). Kes disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

ACP Fadil juga menegaskan masyarakat dapat membantu menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah agar daerah Tawau ini khususnya aman dan sejahtera, selain itu tindakan drastik dan agresif PDRM Tawau dalam membendung kegiatan jenayah dalam strategi operasi yang berterusan dapat dibanteras.

➡ Aplikasi VSP
Apple IOS
https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2

➡ Talian 089-772121 atau email polistawau@gmail.com

Sumber: Polis Daerah Tawau

Komen