DUA PENUMPANG BAS SELAMAT, BAS HENTI-HENTI DINAIKI TERBALIK DIREMPUH PACUAN EMPAT RODA

DUA PENUMPANG BAS SELAMAT, BAS HENTI-HENTI DINAIKI TERBALIK DIREMPUH PACUAN EMPAT RODA

TAWAU; 12 FEBRUARI 2020 (Rabu) – Dua penumpang selamat selepas bas henti-henti dinaiki terbalik akibat dirempuh sebuah pacuan empat roda di batu-4 Jalan Apas, petang kelmarin.

Bagaimanapun, salah seorang dari dua penumpang dalam bas berkenaan mengalami cedera ringan di bahagian tangan kanan. Sementara itu, kedua-dua pemandu kenderaan terbabit juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataannya berkata, Kemalangan yang berlaku pukul 6.40 petang itu berpunca apabila pacuan empat roda dipandu lelaki 40-an berkenaan telah hilang kawalan pemanduan dan terbabas ke tepi jalan susur kemudian merempuh bas henti-henti berkenaan dari arah belakang.

Beliau berkata, bas henti-henti terbabit yang sedang dalam perjalanan ke batu-8 Jalan Apas itu dikatakan sedang menurunkan penumpang di perhentian bas di lokasi kemalangan berlaku sebelum dirempuh.

Kesan pelanggaran itu menyebabkan bas henti-henti berkenaan telah terbalik ke bahu kiri jalan dan mengalami kerosakan di bahagian belakang. Sementara itu, pacuan empat roda telah terbabas ke pembahagi jalan utama dan mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

ACP Peter berkata, kedua-dua pemandu terbabit tidak memandu dibawah pengaruh alkohol dan Kes tersebut masih disiasat dibawah kaedah 10 LN 166/59.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *