Dua pembantu jurujual ikan maut, kemalangan di Tawau

Dua pembantu jurujual ikan maut, kemalangan di Tawau

TAWAU, 20 Sept – Dua pembantu jurujual ikan maut selepas kenderaan Ford Ranger yang dinaiki dan membawa tong muatan ikan terbabas dan merempuh penghadang jalan di Batu 6 Jalan Apas di sini, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, kedua-dua lelaki Mohd Firdaus Kadapi, 18, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Nor Asri Amirullah,19, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tawau.

“Manakala dua lagi lelaki termasuk pemandu kenderaan jenis Ford Ranger terbabit selamat dengan masing-masing yang berumur 34 dan 17 tahun itu cedera di bahagian tengkuk serta luka di kepala dan lebam di paha,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata kejadian berlaku sewaktu kesemua mangsa dalam perjalanan dari Bandar Tawau menuju ke Pekan Semporna, namun pemandu hilang kawalan apabila tayar hadapan sebelah kanan kenderaan pecah.

“Pemandu hilang kawalan dan terlanggar besi penghadang jalan yang mengakibatkan kedua-dua mangsa yang duduk kerusi belakang tercampak keluar,” katanya dan Ford Ranger tersebut terbalik sebanyak dua kali.

Menurut Fadil kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan1987.

–BERNAMA

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *