DUA PELAJAR LELAKI CEDERA KEBAKARAN BANGUNAN MADRASAH DI TAWAU

DUA PELAJAR LELAKI CEDERA KEBAKARAN BANGUNAN MADRASAH DI TAWAU

TAWAU; 14 FEBRUARI 2020 (Jumaat) – Dua pelajar lelaki dilaporkan tercedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau dalam kejadian kebakaran melibatkan bangunan madrasah milik Madrasah Ad-Dinniah Ar-Rahmaniah (ADRA) di Kampung Sungai Imam, Jalan Bombalai Laut, Tawau petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.56 petang melalui talian MERS 999 yang melibatkan kebakaran struktur sebuah Madrasah beralamat di Kampung Sungai Imam, Tawau.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau seterusnya bergegas ke lokasi kejadian dengan jarak 28-kilometer dari balai yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Syed Salifudin Habib Taha dengan kekuatan 15 orang anggota penyelamat.

Dalam operasi berkenaan sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Water Tanker, sebuah jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah jentera berat (lori) digerakkan ke lokasi kebakaran.

Menurut Komander Operasi, kebakaran melibatkan sebuah Madrasah jenis separuh
kekal binaan dua tingkat yang menempatkan pelajar-pelajar Tahfiz dengan anggaran keluasan 60’ X 60’ kaki persegi telah terbakar hampir 100-peratus.

Katanya, dua pelajar lelaki telah tercedera ringan semasa cuba menyelamat diri dan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dikejarkan ke Hospital Tawau menggunakan jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menerusi operasi tersebut, api kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 7.27 malam dan tamat sepenuhnya pukul 9.18 malam.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *