DUA LELAKI WARGA ASING MILIKI SYABU DICEKUP PGA

DUA LELAKI WARGA ASING MILIKI SYABU DICEKUP PGA

TAWAU; 14 SEPTEMBER 2019 (Sabtu) – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 berjaya menahan dua lelaki Warga asing dan merampas 11 gram dadah jenis syabu dalam Satu serbuan disebuah rumah kongsi di sebuah ladang di Kalabakan, malam tadi.

Pegawai Pemerintahnya, Superitendan Mustapha Othman dalam kenyataan medianya berkata, kedua-dua lelaki berumur 29 dan 38 tahun itu berjaya diberkas selepas Cuba melarikan diri semasa serbuan kira-kira pukul 9 malam.

Pasukan serbuan menemui 16 peket berlainan saiz berisi hablur jernih Syabu dengan anggaran berat 11 gram bernilai 1-ribu 750-ringgit yang di letak di atas rak dalam sebuah bilik di rumah terbabit.

Katanya, kedua-dua suspek telah diserahkan kepada pihak polis IPD Tawau untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

#BESTAWAUfm

Komen