DUA CEDERA, MOTOKAR DINAIKI BERTEMBUNG LORI DI SILABUKAN

DUA CEDERA, MOTOKAR DINAIKI BERTEMBUNG LORI DI SILABUKAN

LAHAD DATU; 12 JANUARI 2020 (Ahad) – Seorang lelaki dan wanita cedera selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian kemalangan di Jalan Silabukan, Lahad Datu, kelmarin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.33 petang sebelum sepasukan 9 anggota respon ke lokasi menggunakan jentera FRT dan sebuah utiliti.

Beliau berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati, kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar menggunakan ambulan ke hospital untuk rawatan lanjut sebelum ketibaan bomba.

Justeru, pihaknya memastikan kawasan persekitaran selamat sebelum menamatkan operasi pada 3.15 petang.

#BESTAWAUfm

Komen