DUA BERANAK CEDERA AKIBAT REMPUHAN

DUA BERANAK CEDERA AKIBAT REMPUHAN

Orang ramai melihat kenderaan D’Max yang mengalami kerosakan akibat kejadian rempuh oleh kereta Hunday Getz di tamu Batu 5 Kinabutan Jalan Apas. – Gambarr SNT / Ehsan IPD Tawau

TAWAU: Dua beranak cedera akibat ditimpa runtuhan gerai yang dirempuh oleh kereta Hyundai Getz yang hilang kawalan semasa sedang membeli belah di tamu Batu 5 Kinabutan Jalan Apas di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu mangsa, Abdul Rahman Paddu, 48, patah kaki kiri manakala kecederaan anak lelakinya iaitu Ahmad Abdul Rahman, tiga tahun belum dapat dipastikan dan masih menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Tawau.

Bagaimanapun, dalam nahas itu pemandu Hyundai Getzt dan dua lagi pemandu yang mana kenderaan mereka terkena rempuhan tersebut tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu Hyundai Getz terpijak padel minyak semasa hendak memperlahankan kenderaannya.

“Semasa melalui pasar tamu yang terletak di kawasan kedai di Batu 5, pemandu Hyundai Getz telah terpijak padel minyak yang mana sepatutnya dia memijak pedal break untuk memperlahankan kenderaannya semasa melalui lorong yang sempit kerana di sebelah kiri dan kanan terdapat gerai.

“Akibat kecuaiannya kereta tersebut hilang kawalan lalu merempuh gerai di pasar tamu dan telah terlanggar dengan seorang lelaki bersama anaknya yang sedang membeli barang di gerai tersebut.

“Ekoran daripada kejadian tersebut pemandu tadi tidak dapat mengawal kenderaannya dan telah terlanggar belakang sebuah D’Max di belakang gerai tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata, Hyundai Getz dan D’Maz tersebut mengalami kerosakan teruk manakala dua buah gerai turut musnah.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber:– SabahNewsToday

Komen