DIALOG KEPENGGUNAAN PENGGUNA DAN BARANG KAWALAN BERJADUAL KE PULAU SEBATIK TAWAU SABAH BAGI TAHUN 2018

DIALOG KEPENGGUNAAN PENGGUNA DAN BARANG KAWALAN BERJADUAL KE PULAU SEBATIK TAWAU SABAH BAGI TAHUN 2018

Khamis 11 Okt- Satu sesi Dialog Kepenggunaan Pengguna dan Barang Kawalan Berjadual ke Pulau Sebatik Tawau dan perjumpaan di
Dewan Serbaguna Kg. Sungai Tongkang Pulau Sebatik, Tawau Sabah telah diadakan oleh KPDNHEP dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Tawau.

Dalam dialog tersebut penduduk telah diberi penerangan terhadap satu mekanisma yang diwujudkan bertujuan untuk memudahkan masyarakat di Pulau Sebatik mendapatkan bekalan barang kawalan seperti tong gas, gula dan minyak masak.

Mekanisma ini juga diwujudkan bertujuan untuk mengawal barang kawalan agar tidak terlepas kepada penduduk yang bukan warganegara Malaysia.

Dialog ini mendapat perhatian yang baik dari penduduk dan setiap permasalahan yang diutarakan akan cuba diselesaikan dalam masa terdekat.

Secara keseluruhannya masyarakat berpuas hati dengan penerangan yang sangat jelas daripada pihak KPDNHEP.

Sumber fb PPM

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *