CURI TABUNG MASJID SEKOLAH, 300-RINGGIT LESAP DILARIKAN

CURI TABUNG MASJID SEKOLAH, 300-RINGGIT LESAP DILARIKAN

TAWAU; 11 MARCH 2019 (Isnin) – Polis memburu dua suspek disyaki terlibat kes curi duit tabung masjid sebuah sekolah menengah bernilai kira-kira 300-ringgit di Jalan Yamamoto, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, rakaman litar tertutup (CCTV) yang dirakam dari makmal komputer sekolah kira-kira 30 meter dari masjid berkenaan mendapati kejadian curi itu dipercayai berlaku pada pukul 2.10 pagi.

Katanya, kedua-dua suspek juga dilihat menutup muka dan memakai sarung tangan.

Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati suspek dipercayai telah menggunting pagar belakang sekolah dan memasuki kawasan masjid bagi mengambil dua buah tabung yang diletakkan di bahagian luar masjid.

Suspek kemudiannya telah membuka tabung tersebut di tepi pagar kawasan belakang masjid sebelum melarikan diri keluar menggunakan laluan yang sama.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

#BESTAWAUfm

Komen