CUBA MASUK MALAYSIA SECARA HARAM,4 PATI DICEKUP

CUBA MASUK MALAYSIA SECARA HARAM,4 PATI DICEKUP

TAWAU, 27 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tawau berjaya menahan 4 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang disyaki cuba masuk ke Malaysia, semalam.

Menurut Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Romli bin Hj. Mustafa, tangkapan berjaya dibuat sekitar jam 8.30 malam 26 Oktober di Perairan Batu Tinagat oleh krew bot ronda Maritim Malaysia, Tawau berdasarkan maklumat risikan.Suspek menggunakan Bot jongkong dipercayai menuju masuk ke Sungai Batu 4, Tawau secara tidak sah.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang juragan lelaki bersama tiga awak-awak yang kesemuanya berumur lingkungan 36 hingga 39 tahun berada di atas bot berkena.Kesemua mereka disyaki Warga Indonesia.

Keempat-empat mereka ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia dan kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Jika disabit keselahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua- dua sekali.

#MaritimMalaysia
#MCG
#ZonMaritimTawau
#Seahawk
#MCGReport

-Fb agensi penguatkuasaan maritim malaysia

Komen