CHRISTINA PUJI KOMITMEN MASYARAKAT PROMOSI PROGRAM KEBUDAYAAN DI TAWAU

CHRISTINA PUJI KOMITMEN MASYARAKAT PROMOSI PROGRAM KEBUDAYAAN DI TAWAU

Christina (tengah) menampi padi sebagai simbolik perasmian Pesta Kaamatan peringkat daerah Tawau. – Gambar SNT/Nasrawati SyarifuddinTAWAU: Kerajaan negeri memuji komitmen yang ditunjukkan masyarakat dalam mempromosi program kebudayaan di daerah ini menerusi sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tawau. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata program kebudayaan yang diadakan itu dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali, memahami dan menghargai adat serta budaya suku kaum masing-masing.Christina Liew melakukan upacara `menuai padi’ semasa merasmikan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tawau. – Gambar SNT/Nasrawati Syarifuddin“Saya percaya sambutan ini mengingatkan kita betapa pentingnya sesuatu budaya dalam memperkukuh ikatan perpaduan rakyat. “Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelancong menjadi bukti perayaan ini mempunyai semangat persaudaraan dan persahabatan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan prograam berkenaan di Dewan Sri Tawau di sini hari ini. Program itu turut diserikan dengan pelbagai acara termasuk Pertandingan Makanan dan Minuman Tradisi.Christina melawat gerai pameran sempena sambutan Pesta Kaamatan peringat daerah Tawau. – Gambar SNT/Nasrawati SyarifuddinChristina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata pertandingan itu dapat memupuk kemesraan antara peserta sekaligus membolehkan masyarakat mengetahui jenis makanan dan minuman tradisi suku kaum masing-masing.Sementara itu, Penyelaras KDCA Tawau dan Kunak, Gelord Emol berkata progam itersebut mendapat sambutan baik daripada masyarakat. “Walaupun kami mengadakan program ini pada bulan Ramadan, namun ramai masyarakat Islam turut hadir menyokong dan melihat sendiri aktiviti yang dijalankan,” katanya.Beliau berharap program berkenaan akan diteruskan dalam mempromosi kebudayaan di Sabah khususnya di daerah itu. – SabahNewsToday

Komen