BURUH KASAR MAUT DISERET LORI SEPANJANG DUA METER

BURUH KASAR MAUT DISERET LORI SEPANJANG DUA METER

TAWAU; 26 OKTOBER 2018 (Jumaat) –
Seorang buruh kasar maut selepas dipercayai diseret sebuah lori sehingga dua meter dalam kejadian di Stesen loading ramp, sebuah Kilang kelapa sawit di Sungai Burung, Tawau,
petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, dalam kejadian 1.30 petang itu, mangsa, 39, meninggal dunia akibat kecederaan yang parah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pemandu lori berusia 54 tahun mengundurkan lori berkenaan ke kawasan Loading Ramp untuk memunggah kelapa sawit yang kebetulan mangsa turut berada berhampiran timbunan buah sawit sedang membuat kerja grading buah sawit.

Mangsa telah terkena bucu lori kiri sebelah belakang lalu terjatuh dan terseret lebih kurang 2 meter daripada kawasan loading ramp tersebut.

Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan telah dibawa ke Klinik Balung oleh rakan sekerjanya untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan di klinik berkenaan.

Menurut ACP Fadil, pemandu lori berkenaan tidak perasan keberadaan mangsa sementara saksi yang berada di atas jentolak di sebelah kiri lori telah membunyikan hon untuk memberikan amaran namun tidak didengar oleh pemandu berkenaan.

Beliau berkata, kes masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. Sumber #BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *