Buku ‘My Tawau Days’ dilancarkan

Buku ‘My Tawau Days’ dilancarkan

KOTA KINABALU: Buku ‘My Tawau Days’ mungkin dilihat sama seperti buku biografi lain namun, penceritaan mengenai kisah penulisnya, yang juga bekas Pengetua Sekolah Menengah (SM) St Patrick Tawau, James Power, pasti mampu mempromosikan daerah Tawau melalui kaca mata penulis.

Seribu satu kenangan yang dilalui sepanjang lebih lapan tahun berada di SM St Patrick, Tawau dimuatkan dalam buku setebal 128 muka surat yang dijual pada harga RM50 senaskhah.

Penulis yang berasal dari Sydney, Australia ini mengutarakan apa yang tersemat dalam memori ingatannya melalui buku yang diterbitkan oleh Opus Publications Sdn Bhd.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching ketika melancarkan buku My Tawau Days itu baru-baru ini berkata, buku yang dihasilkan itu adalah gambaran pengalaman yang diperoleh James sepanjang mengajar di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah St Patrick Tawau pada tahun 1950-an hingga 1960an.

Beliau berkata, sumbangan James dan isterinya memberi asas pendidikan yang sangat baik untuk pelajar-pelajar di sekolah berkenaan hingga mampu melahirkan pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Katanya, kini St Patrick berdiri teguh sebagai sekolah yang amat dikenali di Tawau dan ia adalah hasil bimbingan pengetua-pengetua terdahulu untuk mengekalkan budaya pembelajaran di sekolah mubaligh itu.

Mary Yap berkata, dalam memastikan sekolah itu terus relevan, semua pihak harus memainkan peranan dalam memastikan kejayaan sekolah ini dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025).

Dalam pada itu, James Power turut melahirkan ucapan terima kasih atas jasa baik Hap Seng Consolidated Berhad, Pengerusi Penganjur Datuk K.Y Mustapha serta Pengarah Urusan Opus Publication Datuk C.L Chan kerana memberi kerjasama dalam penghasilan buku berkenaan.

Sumber: Utusan Borneo

Komen