BSJN LAHAD DATU TAHAN DUA PENAGIH, RAMPAS 11.60 GRAM SYABU BERNILAI 1-RIBU 740-RINGGIT DALAM DUA OPERASI BERASINGAN

BSJN LAHAD DATU TAHAN DUA PENAGIH, RAMPAS 11.60 GRAM SYABU BERNILAI 1-RIBU 740-RINGGIT DALAM DUA OPERASI BERASINGAN

LAHAD DATU; 30 NOVEMBER 2019 (Sabtu) – Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah berjaya menahan seorang lelaki Warga Indonesia dan merampas 5.10 Gram Syabu dengan anggaran nilai 765-ringgit dalam operasi Sarang di Kampung Seberang Silabukan Peringkat 5, Jalan Lahad Datu-Tungku, pukul 3.30 petang, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, lelaki berumur 46 tahun berkenaan ditahan selepas suspek menyerahkan tiga peket lutsinar mengandungi dadah dan 10 gulung kertas timah kepada anggota serbuan.

Sementara itu, operasi di Kampung Lituk Pulau Jalan Segama turut membawa kepada penahanan seorang lelaki dan rampasan 6.50 Gram Syabu yang dianggarkan bernilai 975-ringgit kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

ACP Nasri berkata, dadah berkenaan disembunyikan di dalam sebuah bekas kotak aluminium bersama 13 gulung kertas timah.

Katanya, pemeriksaan saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek Positif dadah syabu dan kes akan disiasat dibawah Seksyen Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. -#BESTAWAUfm

#myTawau

Komen