BOT PEMUNGUT SAMPAH TERAPUNG DI SEMPORNA DIHARAP BANTU PBT ATASI MASALAH KEBERSIHAN DI KAWASAN LAUT

BOT PEMUNGUT SAMPAH TERAPUNG DI SEMPORNA DIHARAP BANTU PBT ATASI MASALAH KEBERSIHAN DI KAWASAN LAUT

Pict: fb hamadi mangka

SEMPORNA; 12 JANUARI 2020 (Ahad) – Projek perintis bot pemungut sampah terapung oleh BERJAYA Enviro Holdings di pekan Semporna diharap dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengurangkan sampah terapung di kawasan laut pekan itu.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Jaujan Sambakong memuji usaha pelaksanaan projek Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) selama tiga bulan oleh syarikat itu juga diharap dapat memupuk kesedaran orang awam mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan laut agar selalu bersih selain menjadi titik tolak dalam pembasmian sampah bukan sahaja di perairan malah di kawasan pekan dan kampung sekitar seterusnya memenuhi visi Semporna sebagai daerah bebas sampah.

Katanya, Semporna yang terkenal dengan destinasi pelancongan bertaraf dunia sememangnya menjadi lokasi pelancong seluruh dunia.

Namun jelasnya, tahap kebersihan diperairan di pekan Semporna tidak memuaskan dan akan mempengaruhi kedatangan pelancong yang ingin ke Semporna menjejaskan pemandangan daerah terbabit.

Datuk Jaujan berkata, tanggungjawab menjaga kebersihan merupakan tanggungjawab semua pihak.

Oleh itu, beliau percaya semua pihak berkerjasama memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kebersihan alam sekitar dan visi untuk daerah Semporna bebas sampah tercapai.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata demikian ketika merasmikan projek perintis bot pemungut sampah terapung di perkarangan jeti Seafest di Semporna.

Teks ucapannya dibacakan Setiausaha Tetap Kementeriannya, Stanley Chong Hon Chung.

Menurutnya, pekan yang bebas sampah akan menarik lebih ramai pelancong datang ke Semporna.

Datuk Jaujan turut optimis dengan usaha syarikat koporat itu akan mengembangkan lagi sektor pelancongan di daerah terbabit dan membuka peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk.

Sementara itu, Ketika ditemui pembeita RTM, Pengerusi BERJAYA Enviro Holdings Zakaria Abdul Hamid berkata, pemilihan daerah Semporna untuk projek CSR berkenaan kerana Semporna merupakan pintu masuk pelancong datang ke Malaysia khususnya ke Sabah

Justeru, persekitaran kawasannya perlu sentiasa dijaga dan dibersihkan bagi menarik minat pelancong-pelancong yang datang.

Jelas Zakaria, dana projek berkenaan merupakan tajaan pihaknya dan dikendalikan oleh Save The Sea Sdn Bhd selama tiga bulan bermula Januari ini.

Bot Pemungut Sampat Terapung berkenaan boleh beroperasi tanpa henti dan mampu mengangkat muatan sampah 1 hingga 2 tan sekali beroperasi dengan anggaran pungutan sampah harian boleh mencecah 15-tan.

Untuk tempoh 3-bulan bot berkenaan juga akan beroperasi meliputi 12-ribu meter persegi kawasan perairan pekan Semporna.

Tambahnya lagi, bot tersebut merupakan Bot Pemungut Sampah pertama ditempatkan di Pulau Borneo.

Sumber: BESTAWAUfm

Komen