BOMBA KELUARKAN WARGA EMAS TERSEPIT KEMALANGAN DI JALAN SILABUKAN

BOMBA KELUARKAN WARGA EMAS TERSEPIT KEMALANGAN DI JALAN SILABUKAN

LAHAD DATU; 18 JUN 2019 (Selasa) – Seorang Warga emas cedera parah akibat tersepit selepas pacuan empat roda yang dipandu terbabas lalu melanggar penghadang
jalan berhadapan sebuah kilang di Jalan Silabukan, petang tadi.

Ketua Operasinya, PBK II Julkifli Harry yang dihubungi RTM berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.23 petang, sepasukan 7 anggota menggunakan dua jentera respon ke lokasi melalui jarak 19 Kilometer.

Mangsa lelaki berumur 65 tahun yang tersepit dibahagian kaki kanan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan diberikan rawatan awal sebelum diserah kepada pihak ambulan untuk rawatan lanjut.

Sebaik mangsa berjaya dikeluarkan, operasi kemudian ditamatkan pukul 6.10 petang selepas Pasukan Bomba memastikan tiada kemerbahayaan lain di sekitar lokasi kemalangan.

#BESTAWAUfm

Komen