BERUSAHA MEMBERI YANG TERBAIK MENGIKUT KEMAMPUAN YANG ADA

BERUSAHA MEMBERI YANG TERBAIK MENGIKUT KEMAMPUAN YANG ADA

TAWAU_ 26 JANUARI 2020 | Dalam menyantuni para asnaf ini ada beberapa perkara asas yang sentiasa diingatkan kepada team sularelawan kami. Antaranya ialah adab ketika berdepan dengan asnaf atau golongan gelandangan (tak kira OKU Mental). Jika berkongsi rezeki duduklah atau berdiri mengikut keselesaan asnaf itu.

Ke dua ialah berilah yang terbaik mengikut kemampuanmu apabila ingin berkongsi dengan fakir miskin ini. Kita semua pasti ingin yang terbaik dan merasa gembira apabila menerimanya. Jangan pernah memberi asal memberi sehinggakan jika diri sendiri yang menerima pemberian sebegitu akan menolaknya.

Contoh apabila memberi atau berkongsi rezeki dalam bentuk makanan berilah yang paling sedap, paling berkhasiat, paling mahal seperti ketika engkau makan pasti mahu mencari seperti di atas. Semoga kita semua sentiasa dalam petunjuk dan tuntunan Allah dalam mencari keredhaannnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program pada malam ini. Penduduk langit pasti tersenyum melihatmu.

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna) sebelum menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (QS. Ali-Imran: 92)

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *