Bersatu Semporna sasar 5,000 ahli menjelang akhir tahun ini

Bersatu Semporna sasar 5,000 ahli menjelang akhir tahun ini

KOTA KINABALU, 27 Jun (Bernama) — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Semporna menyasarkan untuk mencapai 5,000 ahli menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Penajanya, Mohd Daud Tampokong.

Beliau berkata setakat ini penerimaan Bersatu di bahagian berkenaan menggalakkan dan kini seramai 1,500 ahli telah mendaftar.

“Kita percaya berdasarkan penerimaan yang baik oleh masyarakat Semporna, jumlah keahliannya akan bertambah dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Justeru, beliau menggesa agar seluruh anggota jawatankuasa yang ditanggungjawabkan Bersatu Bahagian Semporna supaya lebih bekerja keras dalam usaha memantapkan parti tersebut di bahagian berkenaan.

“Kita juga menzahirkan sokongan dan keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu dalam menangani segala permasalahan dan cabaran yang dihadapi parti dan juga kerajaan persekutuan.

“Sokongan padu dan kesetiaan juga kami berikan kepada barisan kepimpinan Bersatu di peringkat nasional dan juga negeri Sabah,” katanya.

— BERNAMA

Komen