BERBALAS TEMBAKAN, ESSCOM TEMBAK MATI 2 LELAKI DISYAKI PENJENAYAH RENTAS SEMPADAN DI LAHAD DATU

BERBALAS TEMBAKAN, ESSCOM TEMBAK MATI 2 LELAKI DISYAKI PENJENAYAH RENTAS SEMPADAN DI LAHAD DATU

LAHAD DATU; 4 SEPTEMBER 2019 (Rabu) – Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) menembak mati dua lelaki dipercayai penjenayah rentas sempadan dalam satu kejadian berbalas tembakan di Perairan Felda Sahabat, Lahad Datu, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, kedua-dua suspek belum diketahui identiti yang berusia 40-an maut ditempat kejadian akibat terkena das tembakan yang dilepaskan Pasukan keselamatan.

Mengulas lanjut, Komander ESScom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata, sepasukan anggota keselamatan ESScom, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Lahad Datu dan Pasukan Polis Marin Daerah telah mengesan Dua buah bot Pam dalam keadaan mencurigakan diperairan terbabit.

Katanya, Sebaik anggota keselamatan membuat pintasan membunyikan siren Dan menyalakan lampu biru polis, suspek yang berada di sebuah bot pam terbabit telah melepaskan tembakan ke arah bot pasukan keselamatan.

Justeru, bagi tujuan mempertahankan diri, anggota keselamatan telah melepaskan beberapa tembakan balas dan mendapati salah satu bot suspek telah melarikan diri ke perairan Filipina.

Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemui Dua mayat masing-masing berada di atas sebuah bot dan ditemui terapung di Perairan berkenaan mati dengan kesan tembakan.

Menurut Hazani, Pasukan keselamatan telah merampas sebuah bot Pam berwarna merah tiada nombor pendaftaran serta satu senapang dan beberapa butir peluru.

Jelasnya, tiada kejadian tidak diingini berlaku ke atas anggota pasukan keselamatan.

#BESTAWAUfm

Komen