Bekas penyanyi kumpulan Melissa meninggal dunia ketika persembahan

Bekas penyanyi kumpulan Melissa meninggal dunia ketika persembahan

Ustaz Radzi tiba-tiba rebah di atas pentas dan menghembuskan nafas terakhir. – Foto ihsan Mentari Merah

KUALA LUMPUR : Bekas penyanyi kumpulan rock Melissa yang terkenal ketika era 90an dahulu Mohd Radzi Abdul Hamid atau lebih dikenali Ustaz Radzi ketika ini meninggal dunia selepas rebah ketika mengadakan persembahan di Panggung Anniversari Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Beliau adalah antara artis yang dijemput mengadakan persembahan dikatakan sedang menyampaikan lagu pertama persembahannya berjudul “Kami Mat Rock” tiba-tiba rebah di atas pentas dan menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. –astroawani

Komen