Bekas Kekasih Awek ‘Kastam’ Ditahan

Bekas Kekasih Awek ‘Kastam’ Ditahan

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terbabit menyebarkan video lucah seorang wanita yang bertugas dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), semalam.

Suspek dipercayai bekas teman lelaki kepada wanita itu ditahan di rumahnya di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, 6.30 petang semalam.

Ketua Polis KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah mengesahkan tangkapan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.

Katanya, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa selepas mendapati video kelakuan lucahnya tersebar di Instagram, selain laporan akhbar.

“Semalam polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun berdasarkan aduan daripada mangsa.

“Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung pembabitan suspek terhadap penyebaran video berkenaan di media sosial,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, polis turut merampas dua telefon pintar daripada suspek susulan penahanannya.

Pada 6 September lalu, media melaporkan sebanyak sembilan klip video memaparkan aksi seorang wanita berpakaian seragam agensi penguatkuasaan di negara ini melakukan aksi lucah mula tersebar di media sosial.

Video termasuk gambar individu berkenaan mula disebarkan melalui aplikasi sembang Whatsapp memaparkan tindakan wanita itu membuka bajunya satu persatu dipercayai dalam bilik persalinan agensi berkenaan.

Antara rakaman itu membabitkan perbuatan wanita berkenaan membuka pakaian seragam sebelum menyelak pakaian dalamnya.

Susulan itu, JKDM dalam kenyataannya memaklumkan menerima maklumat mengenai video kelakuan lucah membabitkan kakitangannya dan sedang melakukan siasatan dalaman.

Bagaimanapun, JKDM berkata, video itu dipercayai video lama yang dirakam tahun lalu, namun disebarkan semula oleh pihak tertentu tanpa diketahui tujuannya. -Harian Metro

Credit: sabahpost.net

Komen