BEBERAPA KAMPUNG TERJEJAS BANJIR DI TAWAU

BEBERAPA KAMPUNG TERJEJAS BANJIR DI TAWAU

TAWAU; 28 JUN 2019 (Jumaat) – Ekoran hujan lebat berterusan sejak pukul 3 pagi tadi, beberapa kampung di sekitar Tawau terjajas banjir dengan air naik kesan paras sungai dan air parit melimpah.

Turut terjejas Kampung Baru batu 2 Masjid Baitulrahman diniaki air sekaligus menjejaskan penduduk kampung.

Seorang penduduk Hasrina Hasaat berkata, selaku penduduk di kampung berkenaan beliau mengharapkan agar pihak berwajib dapat mengambil perhatian masalah banjir itu memandangkan setiap kali hujan lebat berterusan, kampungnya pasti mengalami banjir.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Nurul Jannah Passaba berkata, air naik kali ini sehingga paras paha iaitu sekitar lebih 1 meter.

Katanya, setiap kali banjir berlaku, aktiviti penduduk kampung akan turut tergendala seperti orang kampung mahu pergi bekerja serta anak-anak yang ingin pergi ke sekolah turut terganggu.

Tinjauan RTM sekitar pukul 10 pagi tadi ke kampung berkenaan mendapati keadaan kampung masih berlaku banjir walaupun air sudah mula surut ke paras betis.

Selain itu, turut terjejas banjir awal pagi tadi iaitu Kampung Masjid Unta batu 2, Kampung Rawa-Rawa batu 4.

#BESTAWAUfm

Komen