BAWA KERANG TIADA PERMIT PERIKANAN DITAHAN POLIS MARIN

BAWA KERANG TIADA PERMIT PERIKANAN DITAHAN POLIS MARIN

TAWAU: 15 Mac 2019 (Jumaat) – Sebuah bot jongkong tempatan ditahan Pasukan Polis Marin Tawau pada jam 9.00 pagi tadi semasa dalam perjalanan dari perairan Indonesia ke perairan Batu 3 Tawau Malaysia.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, “Botronda PGR 16 yang sedang menjalankan tugas operasi ‘Ops Gelora’ semasa dalam rondaan, telah menahan dan membuat pemeriksaan lanjut ke atas jongkong tersebut dan menemukan kerang hidup”, ulasnya.

“Seorang juragan tempatan lelaki berumur 49 tahun itu mengaku secara lisan bahawa kerang hidup tersebut dibawa untuk dipasarkan ke Tawau dan memaklumkan kerang hidup tersebut dibawa dari kampung Tanjung Aru Indonesia. Juragan juga telah gagal menunjukkan sebarang dokumen atau surat kebenaran daripada Jabatan Perikanan. ”. Kerang hidup tersebut beratnya dianggarkan lebih kurang 200 kilogram. Kerang-kerang tersebut dirampas dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM600.00′. katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985. –Pasukan Polis Marin w4 sabah

Komen