BASIKAL BARU UNTUK SI UNCLE

BASIKAL BARU UNTUK SI UNCLE

TAWAU _ 9 OKTOBER 2019 | Alhamdulillah petang tadi team PERKALAS@TF SABAH telah berkesempatan turun untuk mencari basikal yang sesuai untuk si Uncle salah seorang fakir miskin di bawah seliaan kami yang menerima bantuan pek barangan dapur bulanan.

Semalam semasa sukarelawan mengagihkan bantuan barangan dapur si uncle sibuk membaiki basikalnya yang berulang kali rosak. Ini menyebabkannya sukar bergerak bekerja mencari besi buruk, tin minuman dan kotak untuk dikumpulkan dan dijual kepada peraih barangan kitar semula.

Walau berbeza bangsa dan agama dengan si Uncle itu bukan penghalang untuk membahagiakannya. Sesuai dengan moto kami “KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”. Si uncle tadi begitu gembira menerima basikal baru ini. Senyumannya cukup menggambarkan hatinya saat itu….manyak telima kasih….manyak telima kasih…itu yang tidak henti dimulutnya.

Ya Allah semoga engkau permudahkan pintu rezeki si Uncle, para sukarelawan kami dan para hamba Allah yang sentiasa bersama kami menjayakan misi kemanusiaan kami. Malam ini pasti si Uncle boleh tidur lena kerana satu masalahnya telah terbantu. Terima kasih ya Allah segala puji hanya untukmu kerana mempermudahkan urusan kami semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!44643

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”m0ok0

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Komen