BARANG KAWALAN TANPA PERMIT BERNILAI LEBIH 175-RIBU RINGGIT CUBA DI SELUDUP KELUAR DIRAMPAS, APMM TAHAN 2 PATI

BARANG KAWALAN TANPA PERMIT BERNILAI LEBIH 175-RIBU RINGGIT CUBA DI SELUDUP KELUAR DIRAMPAS, APMM TAHAN 2 PATI

TAWAU; 14 FEBRUARI 2020 (Jumaat) – Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau berjaya menahan sebuah bot kargo membawa muatan barang kawalan tanpa sebarang pemit dipercayai cuba di seludup keluar ke kawasan perairan Sungai Melayu, Pulau Sebatik, Kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam berkata, Bot berkenaan membawa muatan barangan kawalan kira-kira 80-buah tong gas berisi petroleum cecair (LPG) berwarna hijau dan kuning Dan Gula pasir sebanyak 7.2-tan bersamaan 7-ribu 200-paket yang terdapat dalam muatan bot kargo berkenaan.

Katanya, bot peronda Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau yang menjalankan pemantauan dalam ‘Ops Pluto Timur’ dan ‘Ops Sejahtera’ dikawasan berkenaan telah mengesan bot kargo tersebut ketika sedang menuju masuk ke Sungai Melayu, Pulau Sebatik kira-kira pukul 8.30 pagi.

Pemeriksaan keatas bot kargo yang memiliki nombor pendaftaran itu mendapati juragan dan awak-awak dipercayai warga Indonesia telah gagal mengemukakan dokumen diri yang sah.

Selain itu, bot kargo berkenaan membawa muatan pelbagai makanan sejuk beku yang terdiri daripada 3-ribu 200-paket chicken frankfurter seberat 960-kilogram dan bebola ayam sebanyak 865-paket seberat 540-kilogram.

Katanya, kesemua muatan termasuk bot kargo dan sebuah enjin bot dianggarkan bernilai lebih 175-ribu ringgit itu dirampas.

Susulan itu, dua lelaki terbabit ditahan dan Bot kargo tersebut diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan tanpa kebenaran yang sah dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Mengulas lanjut, Maritim Malaysia akan mempergiat tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perlanggaran undang-undang dapat dibanteras dan memastikan perairan Sabah khususnya Tawau, selamat.

Orang ramai juga boleh menyalurkan aduan kecemasan dan maklumat jenayah yang berlaku di perairan Tawau di Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115 atau MERS 999.

#BESTAWAUfm

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *