Bapa mengaku tidak bersalah cabul anak kandung

Bapa mengaku tidak bersalah cabul anak kandung

Tertuduh ketika diiringi polis di Mahkamah Sesyen Ipoh. -Astro AWANI

IPOH: : Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tuduhan mencabul anak kandungnya di sebuah rumah di Malim Nawar, Kampar tahun lalu.

Tertuduh berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Norashima Khalid.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam bela S. Teeban.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja kampung itu didakwa meraba kemaluan dan payudara serta menjilat kemaluan mangsa yang berusia 13 tahun ketika kejadian pada Julai 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat serta diletakkan di bawah pengawasan polis sehingga tempoh tiga tahun jika sabit kesalahan.

Teeban dalam rayuan kepada anak guamnya memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin namun pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan kepada tertuduh agar melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap minggu serta tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa sekiranya dibenarkan jaminan.

Bagaimanapun Norashima tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan mahkaman menetapkan 15 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dipercayai menjadi mangsa sumbang mahram kepada bapa dan datuk kandungnya sendiri sejak lima tahun lalu.

Difahamkan, datuk mangsa bagaimanapun dibebaskan polis. –astroawani

Komen