Bapa maut selepas hantar anak ke sekolah

Bapa maut selepas hantar anak ke sekolah

LAHAD DATU: Seorang bapa maut selepas menghantar anaknya ke sekolah apabila motosikal yang borneoditunggangnya dilanggar sebuah lori di Jalan Kastam, di sini pada Rabu.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 38 tahun itu dipercayai hendak ke seberang jalan untuk berjumpa keluarganya di kawasan berdekatan.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor ketika dihubungi di sini hari ini.

“Motosikal mangsa dipercayai dilanggar lori dan mangsa mengalami kecederaan parah,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil menyalurkan maklumat lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

Utusan borneo

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *