BANTUAN MANGSA KEBAKARAN SERAMAI 507 ORANG DI KAMPUNG OTENTIK TANJUNG BATU

BANTUAN MANGSA KEBAKARAN SERAMAI 507 ORANG DI  KAMPUNG OTENTIK TANJUNG BATU

TAWAU_ 27 OGOS 2019 | Alhamdulillah malam ini hari ke dua team sukarelawan PERKALAS @TF SABAH masih diberi ruang dan peluang bergerak menghantar sumbangan rakan-rakan dan masyarakat. Gerakan ini dibantu oleh ramai golongan anak muda untuk memastikan berjalan lancar. Penglibatan anak-anak muda ini ke arah kerja-kerja kesukarelawanan sangat membanggakan bumi Tawau.

Antara sumbangan yang telah dihantar ke tapak operasi bantuan untuk masyarakat ialah makan malam, beras, biskut dalam tin, sabun mandi, sabun cuci, ubat gigi, berus gigi, air mineral puluhan kotak, minuman kordial, barangan keperluan dapur lain, Pampers, susu, selipar, pakaian baru dan pakaian terpakai.

Rasa bersyukur sangat dengan komitmen semua pihak hadir membantu. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua biro bencana dan kebakaran PERKALAS@TF SABAH saudara Mohd Hamizan, Ketua Biro Kerohanian kami Ustaz Faizal dan Koordinator Belia PERKALAS@TF Sabah saudara Ahmad Azorie Hj Abi berserta unit media dan sukarelawan kami yang sejak kebakaran sehingga sekarang terus menerus berkomitmen dalam membantu dan menyalurkan sumbangan masyarakat.

Selain itu komitmen para anak muda yang begitu telus membantu di sana mempermudahkan kami menyalurkan sumbangan seperti

1) Ketua Wira & Wirawati P191 Kalabakan dan pasukannya,

2) Barisan pentadbiran DUN 59 Tanjung Batu

3) Para Belia Tanjung Batu Tengah (TABAT) dan masyarakat setempat.

Sekalung penghargaan juga kami ucapkan kepada para penyumbang seperti :

1) Armada Spektrum,

2) Restauran Resepi Bonda,

3) Malaysia Palm Oil Board (MPOB),

4) Aqidah Catering,

5) Kedai Emas Sheen Jaya

dan orang perseorangan. Terima kasih kepada tuan puan semua kerana dengan semangat peduli kesusahan orang lain usaha kemanusiaan di bumi Sabah terus berkembang. Semoga semakin murah rezeki dan terus dimudahkan segala urusan. Jom rakan-rakan kita bantu rakan-rakan peniaga yang rajin membantu masyarakat kecil.

Besar harapan kami agar 107 ketua keluarga ini diusahakan membantu menyediakan tapak penempatan baru atau pembinaan semula rumah mangsa kebakaran disegerakan oleh pihak berwajib. Sedih melihat para mangsa yang tidur di tapak jualan pasar berhampiran dan pondok parking kereta Di tengah hujan lebat dan ribut. Jom bantu saudara -saudara kita sehingga tuntas jangan hanya bagai melepaskan batuk di tangga.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Komen